Game Revolution

Game Revolution (nama asal: Game-Revolution) ataupun GR merupakan sebuah laman web permainan video yang dicipta pada tahun 1996. Beribu pejabat di California, Amerika Syarikat, laman webnya mengandungi ulasan, previu, sebuah bahagian memuat turun permainan video, cheats serta sebuah kedai barang dagangan di samping komik jaringan, tampilan-tampilan dan video. Laman ciri-cirinya mengandungi rencana-rencana yang menyindir Jack Thompson, , gembar-gembur tentang konsol generasi akan datang dan kontroversi permainan video. Kemunculan penulisan cameo termasuklah Brian Clevinger daripada 8-Bit Theatre dan Scott Ramsoomair daripada VG Cats. Laman webnya juga telah mengambil bahagian dalam kempen pemasaran untuk permainan video, termasuklah Gauntlet: Seven Sorrows[1]. Sehingga kini, Game Revolution merupakan salah satu daripada laman web ulasan permainan video tertua yang masih wujud di dunia Internet.